Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,761

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

LHDN Sabah beri amaran kepada pembayar cukai

10:40pm 18/02/2016 Leolerry Lajius 613 views Tempatan
Datuk Kamaruzzaman Ab. Salleh ketika sidang media tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Datuk Kamaruzzaman Ab. Salleh ketika sidang media tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah memberi amaran kepada pembayar cukai yang enggan melunaskan tanggungjawab itu agar berbuat demikian bagi mengelak berdepan tindakan undang-undang.

Menurut Pengarah LHDN negeri, Datuk Kamaruzzaman Ab. Salleh, penekanan kepada pembayaran cukai tersebut bukan untuk mendera para pembayar cukai sebaliknya mahu memastikan mereka menjalankan tanggungjawab sebagai pembayar cukai.

“Pembayar cukai yang telah membuat bayaran tetapi gagal menyerahkan kembali Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi dua tahun berturut-turut juga berdepan tindakan mengikut Seksyen 112, Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya kepada media selepas majlis makan tengahari dan ramah mesra LHDN negeri bersama para pengamal media di Hotel Tabung Haji pagi tadi.

Tambah beliau, para pembayar cukai juga boleh dikenakan denda tiga kali nilai cukai sekiranya gagal menyerahkan kembali Borang Nyata Cukai Pendapatan tersebut.

Menurut Kamaruzzaman, pada tahun ini LHDN menyasarkan RM3.8 bilion kutipan cukai pendapatan yang melibatkan kira-kira 370,000 pembayar cukai di negeri ini.

“Jumlah kutipan cukai pendapatan yang berjaya dikutip oleh LHDN pada tahun lalu adalah berjumlah RM3.8 bilion iaitu peningkatan sebanyak 1.5% berbanding RM3.5 billion pada tahun 2014,” katanya.

Beliau yakin bahawa pihaknya mampu mencapai sasaran peningkatan enam peratus itu berbanding jumlah kutipan  tahun lalu.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan