Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

LHDN pertingkatkan mutu perkhidmatan

3:34pm 17/11/2015 Ann Vivien 18 views Isu Semasa,Tempatan
 Peserta yang mengikuti seminar percukaian itu.

Peserta yang mengikuti seminar percukaian itu.

KENINGAU: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia akan melaksanakan segala yang termampu untuk memastikan sistem pentadbiran dan pengurusan cukai langsung negara sentiasa diurus dengan efesien,cekap dan berkesan.        

Chief Executife Officer (CEO) LHDN Malaysia Kolonel Kehormat Tan Sri Datuk Wira Doktor Shukor Haji Mahfar berkata, dipihaknya kini giat melaksanakan kempen kesedaran pembayaran cukai disemua peringkat bagi memartabatkan sistem percukaian langsung negara melalui aktiviti yang dapat membantu meningkatkan lagi tahap kefahaman dan kesedaran masyarakat tentang tangunggjawab membayar cukai.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan seminar percukaian kebangsaan 2015 di dewan Salingkawang Pusat Kraftangan Sabah di sini pada Selasa.                       

Teks ucapannya dibacakan Pengarah LHDN Cawangan Keningau Bacho Abdul Karim.Katanya, seminar itu merupakan kali ke 33 diadakan selepas pertama kali pada tahun 1984 yang lalu di Kuala Lumpur dan penganjuran seminar itu terus berkembang ke seluruh negara atas sambutan yang menggalakan daripada masyarakat dan sebanyak 24 lokasi telah dikenalpasti untuk seminar tersebut pada tahun ini termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.                                                     

Jelasnya, seminar itu adalah platform yang terbaik untuk badan-badan profesional,pengamal-pengamal percukaian,para majikan dan orang ramai untuk mendapatkan pendedahan dan maklumat terkini tentang pindaan-pindaan dan perubahan berkaitan undang-undang percukaian yang diumumkan dalam bajet tahunan.   -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan