Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Letupan bot Presiden Maldives bukan kerana bom

8:44am 02/11/2015 Pak Roshan 0 views Global
GAMBAR fail yang dirakam pada 28 September lalu menunjukkan bot laju membawa Presiden Abdullah selepas berlaku letupan.

GAMBAR fail yang dirakam pada 28 September lalu menunjukkan bot laju membawa Presiden Abdullah selepas berlaku letupan.

Male: Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) berkata, ia tidak menemui sebarang bukti menunjukkan letupan dalam bot yang dinaiki Presiden Maldives berpunca dari bom.

Seorang jurucakap FBI memberitahu demikian kepada The Wall Street Journal, kelmarin.

Menurutnya, agensi Amerika Syarikat itu diminta membantu siasatan kejadian pada 28 September lalu yang menyebabkan isteri Presiden Abdullah Yameen dan dua yang lain cedera ringan.

Abdullah bagaimanapun tidak cedera dalam kejadian yang disifatkan pihak berkuasa Maldives sebagai cubaan untuk membunuhnya.

“Selepas menjalankan siasatan, kami mendapati serpihan akibat letupan itu, yang mulanya disangka saki baki bom, sebenarnya adalah sebahagian badan bot itu,” kata jurucakap berkenaan.

Kenyataan FBI itu menimbulkan persoalan mengenai tindakan kerajaan Abdullah menangkap Naib Presiden Ahmed Adeeb, hampir sebulan selepas kejadian atas tuduhan terbabit dalam cubaan membunuhnya itu.

Penahanan Ahmed menyusuli beberapa pemecatan pegawai kerajaan, termasuk menteri pertahanan.

Maldives berdepan dengan kritikan antarabangsa berhubung penahanan Mohamed Nasheed, presiden pertama negara itu yang dipilih secara demokratik Mac lalu selepas perbicaraan tergesa-gesa.

Selain FBI, Maldives turut meminta bantuan India, Arab Saudi, Australia untuk menyiasat kejadian itu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan