Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Letupan bom di tepi jalan mengorbankan tujuh anggota keselamatan Algeria

bomalgeria

ALGIERA: Satu letupan di tepi jalan mengorbankan tujuh anggota keselamatan Algeria ketika mereka sedang membuat rondaan di kawasan barat negara berkenaan, serangan kedua terhadap tentera dalam tempoh tiga bulan.

Pihak militan menyerang konvoi tentera di wilayah Sidi Bel Abbes di barat Algeria lewat Sabtu lalu, kata kenyataan kementerian pertahanan. Tiga askar dan empat pengawal perbandaran terbunuh dalam letupan itu.

Kenyataan itu menyatakan ‘pengganas’ melakukan serangan berkenaan. Keganasan dan serangan militan sudah jarang berlaku sejak Algeria menamatkan peperangannya dengan pergerakan bersenjata. – AFP

Komen


Berita Berkaitan