Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,680

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Letakkan tanda amaran ‘dilarang menghisap vape’ pada restoran- Jainab

10:51pm 18/02/2016 Leolerry Lajius 119 views Tempatan
Jainab memukul gong bagi merasmikan mesyuarat tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab memukul gong bagi merasmikan mesyuarat tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Hajah Jainab Hj. Ahmad Ayid menggesa agar restoran yang mempunyai tanda larangan merokok agar turut meletakkan tanda larangan menghisap Vape bagi mengelakkan pengunjung dari risiko pengambilan dadah.

Menurut beliau, langkah itu harus dilaksanakan bagi mengelakkan individu yang tidak bersalah dalam pengambilan dadah turut terlibat jika terdapat penghisap Vape yang meletakkan dadah pada vape mereka.

“Bukan semua penghisap vape itu berkelakuan sedemikian tetapi ia adalah sebagai langkah pencegahan awal kerana terdapat sebilangan penghisap vape yang meletakkan dadah pada vape mereka,”katanya  kepada media ketika Mesyuarat Agung Tahunan PEMADAM ke-19 yang diadakan di bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu petang tadi.

Beliau juga menggesa agar tindakan tegas akan diberikan kepada individu yang melanggar arahan tersebut.

Sementara itu, Jainab juga turut melahirkan rasa bimbang ekoran penularan pengambilan dadah yang semakin meningkat terutama dalam kalangan belia.

Menurut beliau, peningkatan jumlah belia yang terlibat dalam pengambilan dadah adalah di tahap yang membimbangkan dan berharap agar semua pihak akan beklerjasama bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Kalau dahulu pengambilan dadah ini hanya melibatkan kawasan bandar tapi kini kawasan pedalaman juga mulai terlibat dengan kes pengambilan dadah,” katanya.

Justeru itu, beliau menyeru kepada Pegawai-pegawai Daerah agar mengarahkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung agar memastikan tidak ada penduduk yang bertindak menyewakan rumah di kawasan kampung tersebut kepada pihak yang tidak dikenali.

“Hal ini adalah bagi mengelakkan, individu tersebut menjadikan rumah tersebut sebagai sarang pengedaran dadah kepada penduduk di pedalaman,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah 

Jainab (tengah) bersama ahli jawatankuasa PEMADAM.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab (tengah) bersama ahli jawatankuasa PEMADAM.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan