Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lesen Penjaja Di Pasar Hanya Diberi Kepada Warganegara Malaysia – Hajiji

lesenpenjajah

KOTA KINABALU — Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Noor menegaskan bahawa lesen penjaja di pasar hanya boleh diberi kepada warganegara Malaysia.

Hajiji berkata proses pengeluaran lesen juga ketat dengan semua pemohon mesti melengkapkan borang permohonan khas yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pemohon harus menyertakan salinan kad pengenalan dan surat beranak yang mesti disahkan salinan yang benar oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara dan permohonan yang tidak disertakan dengan salinan kad pengenalan dan surat beranak akan ditolak oleh PBT,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Wilfred Bumburing (PKR-Tamparuli), di Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, Selasa.

Menurut Hajiji, undang-undang kecil PBT juga menetapkan lesen penjaja yang dikeluarkan kepada individu tertentu tidak boleh dipindah milik kepada orang lain atau disewakan dan pihak PBT berhak menarik balik lesen berkenaan sekiranya penjaja melanggar mana-mana syarat yang diperuntukan.

Berdasarkan statistik Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah, setakat Februari lepas terdapat 11,895 penjaja berdaftar di seluruh Sabah dan kesemuanya warganegara Malaysia.

“Memang menjadi dasar kerajaan untuk tidak membenarkan orang asing berniaga di pasar-pasar dan tamu di Sabah. Bagaimanapun, harus difahami bahawa penjaja di daerah lain adalah dibenarkan datang menjaja di tamu-tamu di seluruh Sabah.

“Sebagai negeri yang dihuni oleh pelbagai kaum dan etnik, tentunya pelbagai bahasa dan loghat akan kedengaran dalam interaksi jual-beli di tamu-tamu, tetapi itu tidak harus diterjemahkan sebagai penjaja asing tanpa bukti yang kukuh melalui ketiadaan dokumen mereka sebagai warganegara Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Musbah Jamli memberitahu persidangan bahawa pada tahun ini Lembaga Minyak Sawit Malaysia menyasarkan untuk menanam seluas 8,000 hektar sawit dengan pemberian insentif RM9,000 sehektar kepada pekebun kecil.

Menjawab soalan Datuk Abdul Muis Picho (BN-Sebatik), Musbah berkata insentif berkenaan meliputi pembukaan kawasan, bahan tanaman dan input pertanian serta penyelenggaraan untuk tempoh dua tahun selepas tahun pertama penanaman.

Katanya sasaran penanaman koko pada tahun ini pula ialah 1,200 hektar iaitu di Ranau, Tenom, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau, Sook dan Tawau termasuk Pulau Sebatik dengan pemberian insentif RM8,000 sehektar.

Komen


Berita Berkaitan