Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lesen Operasi AirAsia Indonesia Mungkin Ditarik Kembali

aa

Menurut Djoko Muratmodjo, pemangku Ketua Pengarah untuk navigasi udara, Kementerian Pengangkutan Indonesia, lesen operasi syarikat penerbangan AirAsia Indonesia berkemungkinan ditarik kembali.

Ujar beliau kepada agensi berita Reuters, kementerian tersebut bakal membuat siasatan semula terhadap jadual penerbangan syarikat tersebut pada Isnin ini.

Kami akan menyiasat semula jadual penerbangan AirAsia,” ujar Djoko.

plt-dirjen-perhubungan-udara-djoko-murjatmodjo-tribun-medan-com

Dalam pada itu, pihak berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Changi Airport Group (CAG) dalam satu kenyataannya semalam (Sabtu) berkata, perkhidmatan penerbangan dari Surabaya menuju Singapura oleh AirAsia Indonesia mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa Singapura.

Jelas mereka, “Sebelum syarikat penerbangan boleh memulakan perkhidmatan penerbangan di antara dua lokasi, ia perlu mendapatkan kelulusan jadual penerbangan daripada pihak berkuasa penerbangan awam masing-masing pada setiap destinasi laluan penerbangan secara berasingan.

Permohonan syarikat penerbangan itu akan dipertimbangkan oleh pihak berkuasa penerbangan awam, dengan mengambil kira hak trafik udara yang akan di bawah Perjanjian Perkhidmatan Udara (ASA) dan ketersediaan slot untuk berlepas dan mendarat di lapangan terbang.” – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan