Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lepasi ujian 7 tahun

9:08am 08/02/2016 Pak Roshan 3443 views Hiburan,Mutakhir
STACY anggun dalam persalinan rekaan Raffiey Nasir dan Akim mengenakan sut daripada TaufikTailor.

STACY anggun dalam persalinan rekaan Raffiey Nasir dan Akim mengenakan sut daripada TaufikTailor.

Berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri adalah impian setiap insan. Sama seperti pasangan pengantin baru, Stacy Anam atau Ummu Syaikhah, 26, dan Akim Ahmad, 25, apa yang diharapkan adalah kebahagiaan yang berkekalan dalam rumah tangga.

Justeru, pada usia muda ini bukanlah alasan untuk kedua-duanya tidak bersedia berkahwin dan menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Apatah lagi selepas Stacy memeluk Islam tahun lalu, sudah tiba masanya dia merancang kehidupan sebagai saudara baru.

“Memang sebelum ini saya pernah beritahu ingin berkahwin pada usia 30 tahun, tetapi selepas memeluk Islam, keluarga meminta memikirkan semula perkara itu.

“Sebagai saudara baru, saya perlukan bimbingan daripada seseorang. Diakui sebelum ini Akim banyak membantu dan mengajar saya. Namun, disebabkan tidak ada ikatan sah jadi ia sangat terbatas,” katanya. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan