Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lepas tembakan amaran untuk selamatkan kawan

lepaskan termbakan

RAWANG – Melihat rakannya bertarung nyawa dibelasah sekumpulan penjenayah, seorang lelaki terpaksa melepaskan beberapa das tembakan amaran untuk meleraikan pergaduhan di perkarangan sebuah rumah di Kota Emerald, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, dalam kejadian jam 12.05 tengah malam itu, mangsa bersama rakannya berada di perkarangan rumah dan tiba-tiba didatangi dua kumpulan penjenayah.

“Kira-kira 15 ahli daripada kedua-dua kumpulan itu datang ke rumah tersebut dengan menaiki tiga kereta,” katanya.

Menurutnya, sebahagian daripada suspek bersenjatakan parang dan mereka bertindak menyerang mangsa yang berumur 27 tahun.

Ali berkata, melihat insiden tersebut, rakan mangsa terus menghubungi polis.

“Rakannya masuk ke dalam rumah dan mengambil selaras senapang lalu melepaskan lebih kurang sembilan das tembakan ke udara,” katanya.

Menurutnya, Pasukan Pencegah Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian berjaya menahan tiga daripada ahli kedua-dua kumpulan terbabit.

Lelaki yang melepaskan tembakan itu turut dipanggil untuk bantu siasatan.

Katanya, polis membuat rondaan di sekitar kawasan insiden berjaya menahan dua lagi suspek pada jam 5 pagi.

“Kesemua suspek yang ditahan adalah warga tempatan berumur 20 hingga 27 tahun dan kami tidak menemui senjata yang digunakan suspek memandangkan beberapa suspek melarikan diri,” katanya.

Polis turut rampas tiga kereta dinaiki suspek dan masih siasat punca kejadian.

Katanya, mangsa cedera di  badan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

“Kami akan memburu saki-baki kumpulan berkenaan,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan