Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lepas Sisa Buangan, Pengurus Kilang didenda

4:25pm 01/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 17 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU- Seorang pengurus kilang di denda sejumlah RM 50,000 di Mahkamah Sesyen, hari ini setelah mengaku salah atas dua pertuduhan melanggar syarat dan had yang ditetapkan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling.
Pengurus kilang tersebut telah membuat pengakuan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Sharin Mohamed
Pertuduhan pertama menyatakan bahawa tertuduh telah melepaskan sisa buangan yang mempunyai kepekatan sebanyak 150 mg/l yang mana telah melebihi standard kualiti yang ditetapkan, iaitu 20 mg/l di sebuah kilang di daerah Keningau pada 24 Jun, tahun lepas,lebih kurang jam 10.40 pagi hingga 3.30 petang.
Manakala pertuduhan kedua pula menyatakan bahawa tertuduh juga telah melepaskan sisa buangan mempunyai kepekatan sebanyak 465 mg/l yang mana telah melebihi standard kualiti yang ditetapkan, iaitu 200 mg/l di tempat, masa dan hari kejadian yang sama.
Tertuduh dihukum dibawah seksyen 16 (1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 (2) Akta yang Sama yang memperuntukkan memperuntukkan denda tidak lebih daripada RM 25,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada RM 1,000 sehari bagi setiap kesalahan itu diteruskan setelah notis telah diberikan.
Dalam mitigasi,tertuduh yang diwakili oleh peguam memohon agar denda yang minima dikenakan terhadap kedua-dua pertuduhan.
Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan memohon agar hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh untuk memberi pengajaran kepada masyarakat luar sana.
Pendakwaan telah dilakukan oleh Pegawai Kawalan Kanan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah, Thamara Selvam A/L Vyapuri. Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan