Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lembu Mutan Miliki 2 Kepala Lahir Di Poland

WARSAW, Poland – Seorang doktor veterinar terkejut ketika menyambut kelahiran seekor anak lembu mutan yang berkepala dua di sebuah ladang di sini baru-baru ini.

Karolina Szarowska berkata, dia terkejut semasa membantu ibu lembu berkenaan untuk melahirkan anaknya di sebuah ladang di perkampungan Kowalewo Pomorskie.

Dia kemudian memuat naik beberapa gambar mengenai haiwan luar biasa itu di media sosial.

“Anak lembu jantan berkepala dua. Bagi membantu haiwan ini masih hidup, ia adalah satu tindakan ajaib. Ibunya selamat selepas mengharungi kelahiran sukar ini. Kedua-dua kepala anak lembu itu dilihat mampu menghisap susu ibunya,” katanya.

Bagaimanapun, menurut penternak haiwan itu yang enggan dikenali mengesahkan ia telah mati beberapa jam selepas dilahirkan.

“Ia merupakan kelahiran keempat lembu itu dan ini bukan kali pertama lembu berkenaan mengalami masalah kecacatan kelahiran.

“Anak pertamanya dilahirkan dengan organ dalaman di luar badan dan malangnya, ia telah mati. Saya amat berharap anak lembu ini hidup tetapi ia juga telah mati,” katanya. – Agensi/Kosmo Online

Komen


Berita Berkaitan