Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lembu jadi mangsa festival

12:56pm 28/01/2016 Pak Roshan 2 views Global
PENDUDUK di Tlacotalpan, Mexico, mengheret lembu yang mereka tolak ke dalam sungai.

PENDUDUK di Tlacotalpan, Mexico, mengheret lembu yang mereka tolak ke dalam sungai.

Mexico City: Festival yang diadakan setiap tahun di beberapa negara Amerika Selatan menjadikan lembu sebagai mangsa penderaan.

Pesta de la Virgen de La Candelaria, festival yang disambut seminggu bagi menghormati Virgin of Candelaria itu menyaksikan haiwan berkenaan diperlakukan dengan kejam sehingga mati.

Di Tlacotalpan, Mexico, penduduk tempatan menghabiskan masa dengan meminum ‘toritos’ – arak buatan sendiri sebelum lembu dilepaskan di bandar itu.

Haiwan berkenaan juga dipaksa minum arak sebelum dilepaskan. Ia kemudian akan ditendang, dipukul dan dilontar dengan batu.

Telinga sebahagian lembu itu juga dipotong oleh penduduk yang kebanyakannya mabuk.

“Mereka memotong telinga lembu itu. Ada yang menendangnya. Haiwan itu diseksa walaupun ada peraturan yang melarang orang ramai menyentuhnya. Tetapi, dengan kebanyakan penduduk mabuk, sukar untuk mengawal mereka,” kata seorang penduduk Norma Salomon.

Ada juga haiwan berkenaan ditolak ke dalam sungai dan diheret oleh bot. Biasanya, kebanyakan lembu itu akan mati. Jika hidup, haiwan itu akan dikepung dan dipukul. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan