Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LEMBAGA PERANCANGAN PUSAT NEGERI DIROMBAK PERCEPAT KELULUSAN PROJEK PEMBANGUNAN

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tengah) diberikan penerangan oleh Pengurus Surmap Sdn. Bhd, Steven Bong Sea Poh ketika melawat pameran selepas merasmikan Kongres Juruukur Antarabangsa Sabah Keenam dan Sidang Kemuncak Tadbir Urus Tanah ASEAN Kedua di Magellan Sutera Harbour Resort, di Kota Kinabalu. Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Kerajaan bercadang untuk merombak Lembaga Perancangan Pusat dan dengan memperkenalkan skim serta sistem baharu dalam mempercepatkan proses kelulusan projek pembangunan dalam negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sistem baharu yang menekankan urus tadbir yang cekap itu membolehkan pembangunan sektor kerajaan berjalan lebih lancar dan mampu menjana ekonomi negeri.

“Selain memastikan kelulusan projek dikendalikan dengan cekap dan menjana ekonomi negeri, rombakan ini tepat pada masanya bagi memperkasakan lagi fungsi serta peranan lembaga berkenaan.

“Melalui rombakan ini, kita akan menyelaraskan semula jabatan atau agensi yang bertanggungjawab dalam mengendalikan proses kelulusan projek supaya tidak berlaku sebarang pertindihan peranan seterusnya memberi manfaat kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kongres Juruukur Antarabangsa Sabah Keenam dan Sidang Kemuncak Tadbir Urus Tanah ASEAN Kedua di sini hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kanan) memalu gong sebagai simbolik merasmikan Kongres Juruukur Antarabangsa Sabah Keenam dan Sidang Kemuncak Tadbir Urus Tanah ASEAN Kedua di Magellan Sutera Harbour Resort, di Kota Kinabalu. Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

Sementara itu, melalui persidangan berkenaan, Shafie berharap teknologi baharu yang digunakan bagi urus tadbir tanah mampu menyumbang pengurusan berkesan dalam bidang berkenaan.

Katanya, urus tadbir tanah yang cekap juga mampu menjadi salah satu pendekatan kerajaan mempercepatkan pengurusan dengan kos yang rendah.

“Persidangan urus tadbir tanah ini penting bukan sahaja kita dapat mengeratkan hubungan antara negara tetapi negara-negara Asean untuk menjadi pengamal terbaik dalam bidang pengukuran tanah dan pelbagai lagi.

“Saya juga berharap menerusi persidangan ini beberapa pandangan dan pendapat dapat kita manfaatkan untuk dijadikan data bagi membolehkan kita menggubal beberapa dasar dan perbaharuinya kerana teknologi dan kaedah pengurusan tanah sentiasa berubah dari semasa ke semasa,” jelasnya. -SabahNewsToday.

Komen


Berita Berkaitan