Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lembaga Kebudayaan Sabah wajar mempunyai mini muzium

_AJM8972

KOTA KINABALU- Lembaga Kebudayaan Sabah wajar mempunyai mini muzium sendiri untuk mempamerkan pelbagai pakaian etnik dari negara-negara luar.

Koleksi pertama dari 17 negara yang mengambil bahagian dalam 10 Festival Tarian Rakyat Antarabangsa (SIFF) 2015 akan dilancarkan semasa perayaan berkenaan dan memerlukan tempat untuk mempamerkan pakaian etnik mereka.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun berkata ia bertujuan untuk mendidik masyarakat tempatan untuk mempelajari pelbagai kumpulan etnik dari negara-negara lain.

“Ia juga adalah untuk menggalakkan budaya tempatan kita sendiri ke peringkat antarabangsa di mana kita akan mempunyai pertukaran kostum antara negara-negara yang mengambil bahagian untuk festival itu,” katanya pada sidang akhbar di SIFF ke-10, di sini hari ini.

Antara acara kemuncak lain adalah pertandingan tarian rakyat antarabangsa yang akan diadakan di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang dari 13 Ogos hingga 15.

Katanya tiket bagi pertandingan itu RM 10 untuk kanak-kanak dan pelajar berumur 17 dan ke bawah, dan RM 30 untuk orang dewasa.

Pertandingan tarian rakyat juga termasuk dalam program tersebut dan terbuka kepada sekolah rendah dan menengah di Sabah.

Manakala tiket untuk  pertandingan tarian rakyat tempatan bernilai RM5 untuk kanak-kanak dan pelajar berumur 17 dan ke bawah, dan RM 10 untuk orang dewasa.

Masidi berharap orang ramai akan mengambil peluang ini dan menyokong festival itu untuk mempelajari kepelbagaian dan keunikan negara-negara lain.

Tambahnya, tiket boleh didapati di Lembaga Kebudayaan Sabah pada 1 April hingga 14 Ogos, dan di Pusat Kebudayaan Sabah di Penampang dari 1 hingga 15 Ogos.- SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan