Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,822

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lemaskan dua anak dalam tab mandi

11:05am 16/08/2016 Pak Roshan 35 views Global
Sheborah Thomas dan dua anak yang dibunuhnya. - Foto click2houston.com

Sheborah Thomas dan dua anak yang dibunuhnya. – Foto click2houston.com

Houston: Seorang wanita membunuh dua anaknya yang berusia lima dan tujuh tahun dengan melemaskan mereka dalam tab mandi sebelum menyembunyikan mayat mereka di bawah rumah jiran.

Ketika dia membuang sampah, jirannya bertanya di mana anaknya dan wanita itu, Sheborah Thomas, 30, memberitahu dia sudah membunuh mereka namun jirannya itu menganggap dia bergurau.

Wanita itu kemudian memberitahu dia mahu berpindah dan jirannya membantu dia berkemas.

Jurucakap polis Houston, Kese Smith, berkata lelaki berkenaan sekali lagi bertanya di mana anak-anaknya dan wanita itu memberi jawapan yang sama menyebabkan jirannya berasa pelik lalu membawa wanita berkenaan ke balai polis.

Menurutnya, Deborah cuba menanam mayat dua anaknya itu namun selepas mendapati ia sukar dilakukan, dia menyembunyikan mayat di bawah rumah jirannya.

“Polis masih berusaha mengenal pasti motif wanita itu membunuh anak-anaknya serta sedang memastikan tahap kesihatan mentalnya. Sebelum ini, polis pernah ke rumahnya namun tiada ‘masalah besar’,” katanya.

Jurucakap Jabatan Keluarga dan Perkhidmatan Perlindungan Texas, Tejal Patel, berkata mereka pernah mengunjungi keluarga itu sebelum ini namun enggan menjelaskan sebab lawatan itu.

Sheborah dan anak-anaknya berpindah ke kawasan berkenaan beberapa bulan lalu dan mereka sering melihat dia membawa anak-anaknya ke taman permainan. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan