Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lemah Bahasa Inggeris Bantut Impian 1,000 Graduan Jadi Doktor

10:25am 09/11/2015 Pak Roshan 168 views Mutakhir,Nasional

doktor

MELAKA – Penguasaan bahasa Inggeris yang lemah membantutkan impian kira-kira 1,000 graduan perubatan menjadi doktor walaupun mereka berjaya menamatkan latihan housemanship di hospital awam.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Melaka, Prof Dr M. Nachiappan berkata doktor pelatih ini tidak dapat menerima tekanan yang berterusan untuk menjadi seorang doktor sepenuhnya.

“Walaupun berjaya menamatkan latihan housemanship mereka pada tahun lalu, kebanyakannya tidak lagi berminat untuk menjadi doktor.

“Sebab utama adalah penguasaan bahasa Inggeris yang lemah. Ia tidak sihat untuk komuniti perubatan dan tidak baik untuk negara sekiranya pihak berkepentingan tidak melaksanakan beberapa rancangan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris,” katanya.

Dr Nachiappan berkata faktor lain adalah kurang minat dalam latihan perubatan asas, skil hubungan dengan pesakit yang lemah dan kekecewaan dengan keadaan pekerjaan itu.

Katanya, kegagalan dalam menguasai bahasa Inggeris menyebabkan pelajar perubatan sukar bersaing dengan rakan-rakan dari negara lain.

“Perlu ada tindakan segera untuk memperbaiki tahap penguasaan bahasa ini di peringkat sekolah rendah. Jika tidak kualiti doktor akan merosot teruk,” katanya.

Dr Nachiappan yang juga Timbalan Dekan Kolej Perubatan Manipal Melaka berkata sekolah perubatan juga menghadapi kesukaran untuk melahirkan graduan berkualiti kerana kurang pendedahan kepada bahasa Inggeris.

Katanya, ini terbukti dengan keputusan buruk yang diperolehi pelajar perubatan apabila mereka mengikuti pengajian di universiti dan kolej perubatan.

“Kualiti pelajar kita terjejas kerana kelemahan mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris,” katanya sambil menambah semua buku rujukan bidang perubatan disampaikan dalam bahasa Inggeris.

Terdahulu, beliau bertemu dengan sekumpulan 11 pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang kecewa bahawa Kementerian Pelajaran tidak menyenaraikan sekolah mereka dari hak istimewa untuk melaksanakan Program Dwibahasa (DLP).

Mereka telah melobi untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2009.

Jurucakap kumpulan itu, Mak Chee Kin berkata mereka telah berusaha berjuang untuk menjadi sebahagian daripada DLP selama enam tahun.
“Adalah tidak adil kepada kami kerana beberapa sekolah yang membantah PPSMI turut disenaraikan.

“Kami berharap masalah ini akan dipertimbangkan oleh kementerian. Sebagai ibu bapa, kami merasakan bahasa Inggeris amat penting untuk masa depan anak-anak kami,” katanya.

Sekolah tersebut adalah SM St Francis, SM St David, SM Catholic, SM Notterdam, SM Yok Bin, SM Gajah Berang, Sekolah Tinggi Cina, SM Pulau Sebang, SM Infant Jesus Convent, SM Canossa Convent dan Sekolah Perempuan Methodist. – mStar Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan