Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelong otak

10:56am 27/11/2015 Pak Roshan 571 views Global
ANTARA balang otak manusia yang dicuri Charles (gambar kecil).

ANTARA balang otak manusia yang dicuri Charles (gambar kecil).

Indianapolis, Amerika Syarikat: Seorang lelaki kelmarin mengaku bersalah di sebuah mahkamah di sini, mencuri beberapa balang mengandungi otak manusia yang diawet sebelum melelong organ itu di Internet.

David Charles, 23, yang mengaku salah atas enam tuduhan mencuri dan menceroboh dikenakan hukuman tahanan rumah selama setahun dan diletakkan di bawah pemerhatian polis selama dua tahun.

Menurut pejabat pendakwa raya, Charles beberapa kali memecah masuk Muzium Sejarah Perubatan Indiana dan mencuri beberapa balang mengandungi otak manusia yang diawet.

Dia juga mencuri beberapa balang yang mengandungi pelbagai tisu manusia.

Muzium itu asalnya adalah hospital sakit jiwa yang ditubuhkan pada 1848 sebelum dijadikan Muzium yang mempamerkan sejumlah koleksi tisu manusia. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan