Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki Warganegara Asing Dihukum Penjara Mencuri Kamera Pelancong

8:27pm 03/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 125 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki warganegara Filipina dihukum penjara selama tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini di atas kesalahan mencuri barangan milik seorang pelancong asing.

Rondigon Muharam, 22, mengaku telah mencuri sebuah camera Samsung Galaxy daripada seorang wanita warganegara England, 52 pada 25 Ogos, tahun ini, pada jam lebih kurang 11.45 pagi di tepi jalan, kawasan Waterfront, di sini.

Rondigon dihukum di bawah Sekysen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, tertuduh yang berjalan mengikuti belakang mangsa telah merampas kamera tersebut yang disangkut pada pergelangan tangan mangsa. Tertuduh kemudiannya melarikan diri dengan terjun ke dalam laut bersama-sama dengan barang curi tersebut. Rakan kepada anak mangsa telah bergegas meminta bantuan pihak polis yang sedang bertugas di Pondok Polis Waterfront.

Tertuduh dikatakan masih berada di dalam laut ketika polis sampai di tempat kejadian dan telah berjaya ditangkap bersama-sama kamera tersebut dengan menggunakan bot.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad juga telah memerintahkan agar Rondigon dihantar semula ke negara asalnya.

Dalam mitigasi, Rondigon memohon agar hukuman yang rendah dikenakan dan meminta agar dihantar semula ke negara asalnya.

Walaubagaimanapun, pihak pendakwaaan meminta agar hukuman yang berat dikenakan ke atasnya kerana perbuatan tersebut akan meninggalkan tanggapan yang negatif terhadap keselamatan di negeri ini.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Akmalzatul Mohamed Nawi. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan