Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Warga Pakistan Ditemui Mati Berlumuran Darah Di Bangunan MSU

wargapakistan

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Pakistan ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di tingkat 8 bangunan Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) di Seksyen 13 hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintenden Ruslan Abdullah berkata polis menerima maklumat pada 3.45 petang daripada kakitangan MSU yang menemui mayat mangsa dalam bilik pengurusan sistem penghawa dingin sepusat (AHU).

Beliau berkata siasatan awal mendapati Muhammad Uzair, 25, yang juga pekerja pembersihan di universiti itu, dipercayai berselisih faham dengan seorang lagi rakan serumahnya yang juga warganegara sama sebelum kejadian.

Katanya, punca perselisihan faham itu dikatakan akibat masalah giliran memasak di rumah sewa mereka namun cuba ditenangkan penyelia tempat kerja mereka.

 

“Pada kira-kira pukul 3.30 petang hari ini, penyelia berkenaan menghubungi pihak pentadbiran universiti untuk memaklumkan Muhammad Uzair ditemui mati di bilik AHU berkenaan. Polis masih mengesan rakan mangsa, Muhamad Tanveer, 24, yang dipercayai telah menghilangkan diri,” katanya.

Ruslan berkata mangsa mula berkhidmat sebagai pekerja pembersihan sejak September 2013 namun siasatan lanjut berkaitan motif kejadian serta punca kematian sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Komen


Berita Berkaitan