Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki warga Indonesia hilang ditemui lemas

ANGGOTA bomba bawa mangsa seorang warga Indonesia selepas lemas, di Sungai Kampung Kaiduan, Papar. – Foto ihsan bomba

 

PAPAR: Seorang lelaki warga Indonesia yang dikhuatiri lemas ketika menyeberangi Sungai Kampung Kaiduan, di sini, Isnin lalu, ditemui lemas, petang semalam.

Mayat Agustinus Tino Koten, 25, dijumpai oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk di Kampung Molonsi Kaiduan pada jam 4.15 petang, kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Janil Jaya, berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke tebing sungai oleh anggota penyelamat dengan bantuan penduduk kampung.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian jam 4.30 petang Isnin lalu, Agustinus dikatakan berenang menyeberangi sungai ketika arus deras walaupun sudah dinasihati oleh rakannya untuk tidak bertindak demikian.

Berikutan itu, mangsa dihanyutkan arus sebelum hilang dan laporan dibuat oleh rakannya, disusuli operasi mencari dan menyelamat dilancarkan oleh pasukan penyelamat. – Oleh Rafiqah Dahali/BH Online

Komen


Berita Berkaitan