Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki Warga Indonesia Ditahan Miliki Syabu, Pedang Samurai Di Kinabatangan

10:08am 08/11/2015 Pak Roshan 416 views Jenayah,Mutakhir

dadah

KINABATANGAN – Polis menahan seorang warga Indonesia kerana memiliki 21 straw mengandungi syabu di Ladang United Malacca Millian Labau di Tongod, Jumaat lepas.

Turut dirampas daripada lelaki berusia 32 tahun dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu ialah sebilah pedang samurai serta sebilah keris.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Suprintendan A Sahak Rahmat berkata, bertindak atas maklumat, dua anggota yang membuat rondaan di kawasan berkenaan menahan seorang lelaki yang membawa sebilah pedang samurai pada 8.35 malam.

Katanya semasa pemeriksaan dilakukan, berlaku pergelutan antara suspek dengan seorang anggota polis.

Setelah pemeriksaan pada badan suspek, polis turut menjumpai sebilah keris kecil di pinggang kiri, 21 straw mengandungi syabu yang disimpan dalam saku seluar suspek, katanya di sini, hari ini. – Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan