Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,700

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki Warga Indonesia Ditahan Guna MyKad Orang Lain Cuba Masuki Tawau

5:48pm 10/01/2016 Pak Roshan 1305 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

TAWAU : Seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai warga Indonesia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) kerana menggunakan MyKad milik orang lain untuk mengaburi pihak berkuasa dalam cubaan untuk memasuki daerah ini pada petang Jumaat lepas.

Lelaki berusia 27 tahun itu telah menunjukkan kad pengenalan atas nama Damsah Adam Malik beralamat di Kampung Simunul 91300 Semporna dengan nombor MyKad 921116-12-6999.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata sepasukan anggotanya yang bertugas dalam Op Landai telah menahan sebuah perahu di perairan Laut Sabindo kira-kira pukul 3 petang.

“Pemeriksaan awal terhadap perahu berkenaan mendapati seorang penumpang telah menunjukkan kad pengenalan milik orang lain dan hasil siasatan lanjut, lelaki berkenaan yang berasal dari Sulawesi ini telah memberitahu nama sebenarnya sekali gus mengaku bahawa kad pengenalan itu bukan miliknya,” katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Beliau menjelaskan lelaki berkenaan telah ditahan dan akan disiasat bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Dalam pada itu Mohamad berkata, pihaknya komited membanteras kemasukan PATI selaras dengan hasrat kerajaan yang menyasarkan sifar PATI pada tahun 2020.

Menurutnya juga, PPM mengalu-alukan kerjasama semua pihak bagi menyalurkan sebarang maklumat berkaitan PATI ke arah menangani isu tersebut bersama-sama.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan