Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LELAKI WARGA EMAS RENTUNG DALAM KEBAKARAN DI CENDERAWASIH, LAHAD DATU

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

LAHAD DATU, 5 Mac : Seorang lelaki warga emas rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumahnya di Cenderawasih, dekat sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy Kamin berkata mangsa yang dikenali Bahrum Kama, 63, ditemui rentung di salah sebuah bilik rumah berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.

“Sebuah jentera bomba bersama tiga anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.

Apabila sampai di lokasi kejadian rumah berkenaan telah musnah terbakar berikutan jarak balai bomba terdekat dan lokasi kejadian itu dianggarkan 100 kilometer,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Affendy berkata pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerugian.  — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan