Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah RM600,000

2:41pm 17/11/2015 Pak Roshan 94 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU – Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini terhadap dua pertuduhan menerima rasuah RM600,000, tahun lalu.

Chin Kee Leng, 62 didakwa menerima rasuah RM300,000 daripada Alester Law Chen Tze, 31 yang kononnya untuk diberikan kepada para pegawai Jabatan Tanah dan Ukur negeri sekali gus sebagai dorongan untuk mengurangkan nilai premium tanah di Lot CL.015372915 milik Kuala Medalam Sdn Bhd berjumlah RM2.75 juta kepada RM1.65 juta.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Ukur daerah Kota Kinabalu pada 18 Ogos 2014.

Chin turut didakwa menerima rasuah RM300,000 daripada orang yang sama di tempat letak kenderaan hadapan Hotel Promenade pada jam 2.15 petang pada 2 Sept 2014 bagi tujuan yang sama.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ishak Bakri.

Chin didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Pencegahan Rasuah 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari SPRM Penolong Pesuruhjaya Awang Samsul Baharam Bungso yang menawarkan jaminan bagi setiap pertuduhan sebanyak RM20,000 dengan deposit RM10,000 oleh seorang pejamin.

Bagaimanapun, Chin yang diwakili peguam Chin Tek Ming dan Edward Paul memohon agar jaminan itu dikurangkan kepada RM10,000 memandangkan tertuduh seorang penduduk tempatan yang tidak mempunyai pendapatan tetap serta perlu menanggung seorang anak yang masih belajar.

Hakim Ishak menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan deposit RM5,000 oleh seorang penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes pada 19 Jan 2016. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan