Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki Warga Emas Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Penampang

10:03pm 11/09/2016 Pak Roshan 1022 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Seorang lelaki warga emas maut dipercayai terkena renjatan elektrik di rumahnya di Taman Reinfeld, Penampang dekat sini, petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata mayat mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an itu ditemui terbaring di atas katil di rumahnya dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital yang turut ada di situ.

“Bomba menerima laporan mengenai kejadian itu pukul 4.59 petang. Ketika sampai di rumah mangsa, keluarga mangsa telah memaklumkan kemungkinan mangsa terkena renjatan elektirk,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata kes itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan