Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Warga Emas Dilapor Hilang Ketika Ke Kebun Di Nangoh Beluran

gambar hiasan
gambar hiasan

BELURAN : Seorang warga emas dilaporkan hilang ketika keluar ke kebun di Kampung Sinaputan, Nangoh di sini sejak 10 hari lepas.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt. Sivanatan Velautham berkata anak mangsa membuat laporan polis Selasa lepas selepas usaha anggota keluarga terdekat mencari bapanya Jauri Layangan, 72, di kawasan sekitar gagal.

Katanya Jauri telah keluar dari rumahnya pada 12 Jan lepas kira-kira 2 petang untuk ke kebun.

“Sejak menerima laporan berhubung kejadian, polis melancarkan operasi mencari Jauri di kawasan sekitar dibantu anggota Bomba dan Penyelamat Kinabatangan serta penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata oang ramai boleh menghubungi balai polis terdekat atau Balai Polis Beluran di talian 014-5612119 untuk membantu keluarga berkenaan menjejak semula Jauri yang difahamkan mempunyai masalah hilang ingatan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan