Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,802

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki warga asing nafi memiliki barang curi

4:08pm 22/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 18 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing menafikan memiliki satu mesin urut kaki yang dipercayai barang curi di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Binadzal Binang, 26 mengaku tidak bersalah telah melakukan kesalahan tersebut pada 21 November, tahun ini pada jam lebih kurang 6.50 pm di sebuah rumah di Telipok.
Binadzal didakwa dibawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukum penjara tidak melebihi tempoh lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabaitkan kesalahan.
Majistret Jessica Ombou Kakayun telah menetapkan tarikh 15 Februari depan untuk pengurusan kes dan memerintah tertuduh agar terus ditahan sehingga tarikh perbicaraan.
Pendakwaan dilakukan oleh Asp Jakariya Jupakkal. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan