Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua lelaki nafi memiliki bahan letupan

12:54pm 01/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 104 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki warga asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas kesalahan memiliki pelbagai jenis bahan letupan.

Tertuduh, Amil Ammak didakwa memiliki 100 unit detonator, lapan gulung  sumbu dan empat karung guni berisi baja Ammonia Nitrat di kawasan tepi laut bersebelahan Jeti Kg. Penambang, Pulau Gaya, pada jam lebih kurang 9.45 pagi, 23 Februari lalu.

Jika disabit kesalahan, Amil bakal dihukum dibawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM 10,000 atau kedua-duanya sekali.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan tarikh 5 April depan sebagai pengurusan kes dan tertuduh diarah untuk terus ditahan di dalam penjara sehingga tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng.

Sementara itu, di mahkamah berasingan, seorang lelaki warganegara Brunei turut didakwa atas kesalahan yang sama iaitu memiliki bahan letupan.

Mohd Afandi Sahib, 22 menafikan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun bahawa tertuduh memiliki dua bungkus ketulan Sodium Cyanide dalam sebuah beg bewarna merah di hadapan sebuah hotel One City Segama, pada jam 11 pagi, 23 Februari lalu.

Apabila ditanya, tertuduh datang ke negeri ini hanya untuk membeli bahan letupan tersebut.

Mahkamah menetapkan tarikh 22 Mac depan bagi pengurusan kes manakala tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM 8,000 beserta dua orang penjamin.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Azaman Hamat. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan