Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki warga asing miliki senjata api diburu polis

9:36pm 22/02/2016 Leolerry Lajius 3132 views Jenayah,Tempatan
Suspek yang dikehendaki polis.-Gambar Oleh Alex Mairin

Suspek yang dikehendaki polis.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Pihak polis menahan empat orang suspek susulan daripada penemuan sepucuk pistol Colt 45 dan peluru sebanyak 39 butir dalam sebuah kenderaan ketika membuat rondaan di sekitar Skim Penempatan Telipok 18 Februari yang lalu.

Ketika rondaan tersebut pihak polis telah menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda D’Max berwarna kelabu tetapi kenderaan tersebut tidak berhenti dan memecut ke arah Skim Penempatan Telipok.

Pihak polis telah mengejar kenderaan tersebut dan menemui kenderaan tersebut ditinggalkan di tepi jalan tetapi pemandu dan seorang penumpangnya telah melarikan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, sepucuk pistol dan 39 butir peluru telah ditemui apabila pihak polis memeriksa kenderaan tersebut.

“Susulan daripada penemuan senjata tersebut, pihak polis telah melancarkan operasi di kawasan tersebut dan telah menahan empat orang suspek bagi membantu siasatan,”katanya.

Chandra menunjukkan kenderaan milik suspek yang dirampas pihak polis.-Gambar Oleh Alex Mairin

Chandra menunjukkan kenderaan milik suspek yang dirampas pihak polis.-Gambar Oleh Alex Mairin

Pihak polis juga memohon kerjasama dari orang ramai untuk menangkap seorang warga asing yang merupakan suspek utama dalam kes ini yang bernama Rosli Bin Samsurani, 40, yang beralamat di Skim Penempatan Telipok.

Menurut Chandra, suspek bukan sahaja terlibat dengan kes memiliki senjata api malah turut terlibat dengan kes pengedaran dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 bagi kesalahan memiliki senjata api dan sekiranya didapati bersalah boleh dipenjarakan sehingga 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi Insp. Vikineswaran Nair di nombor 0149639440 atau menghubungi balai polis berdekatan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Chandra menunjukkan senjata api dan peluru milik suspek yang dirampas pihak polis.-Gambar Oleh Alex Mairin

Chandra menunjukkan senjata api dan peluru milik suspek yang dirampas pihak polis.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan