Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Warga Asing mengaku tidak bersalah miliki Mykad palsu 

KOTA KINABALU- Mahkamah Majistret, hari ini memerintah seorang lelaki warga asing untuk terus ditahan di penjara setelah tertuduh menafikan memiliki Mykad palsu.
Akhtar Mahmood, 45 mengaku tidak bersalah atas kesalahan memiliki Mykad palsu yang bernombor 700114-12-5879 di kaunter imigresen, balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, terminal 2 pada 25 November, tahun ini, pada jam 5.30 pm.
Tertuduh telah didakwa dibawah Seksyen 25 (1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tempoh lima tahun atau denda tidak kurang daripada RM 3,000 dan tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.
Majistret Jessica Ombou Kakayun telah menetapkan tarikh 12 Januari, tahun hadapan untuk pengurusan kes.
Pendakwaaan dilakukan oleh Asp Jakariya Jupakkal. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan