Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,798

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki warga asing dipenjara, disebat

7:36pm 05/11/2015 Ann Vivien 264 views Jenayah,Tempatan

mahkamah tawau

TAWAU: Seorang lelaki warga asing dihukum penjara berjumlah 10 bulan dan disebat satu kali selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan di dua mahkamah berasingan di sini hari ini.

Kasman Rahim, 21, dipenjara enam bulan bermula dari tarikh sabitan oleh Mahkamah Majistret kerana sengaja menyembunyikan atau memindahkan atau menghapuskan harta curi iaitu tujuh pasang baju jubah jenama Famima pelbagai jenama.

Tertuduh mengaku di hadapan Majistret Ferhanshah Farene Mohd Ferdaus bahawa dia melakukan jenayah itu di perkarangan Kompleks Eastern Plaza pada jam 9.20 malam pada 26 Oktober 2015.

Di Mahkamah Sesyen pula, Kasman dihukum penjara empat bulan dan dikenakan satu sebatan rotan bermula dari tarikh sabitan setelah mengaku di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hamzah bahawa masuk ke negara ini tanpa memiliki dokumen. Kesalahan dilakukannya di tempat, lokasi dan masa yang sama.

Kasman dihukum mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Pendakwaan masing-masing dilakukan Inspektor Zakariah Kirinu dan Inspektor Rozelinna Baharuddin di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.-Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan