Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki warga asing dipenjara 20 bulan, denda RM3,000 miliki harta curi

9:03am 06/06/2014 Pak Roshan 51 views Lahad Datu,Tempatan

curimotor

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga asing dihukum penjara selama 20 bulan dan dikenakan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Lahad Datu di sini semalam, setelah didapati bersalah dengan curangnya memiliki harta curi iaitu sebuah motosikal jenis Honda EXS bernilai RM5,200 yang dimiliki seorang lelaki lain, April lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Steve Ritikos menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Windimal Bara, 20, setelah berpuas hati dengan keterangan yang diketengahkan oleh pihak pendakwaan.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan selama enam bulan selepas gagal membayar denda yang dikenakan terhadapnya itu.

Berdasarkan fakta kes,tertuduh telah melakukan kesalahan tersebut pada 19 April 2014, jam 11.30 malam, di sebuah Ladang Tan Wai Ping, Tungku, Lahad Datu.

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap dan tertuduh juga diperintahkan di rujuk ke Jabatan Imigresen setelah selesai menjalani tempoh hukuman penjara untuk tindakan selanjutnya.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Inspektor Saharulzaman Alizaman.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan