Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki warga asing dipenjara 12 bulan guna MyPR palsu

8:10pm 19/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 42 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU- Seorang pekerja buruh warga asing dihukum penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, disini, hari ini kerana menggunakan MyPR palsu.
Ameh Ahang, 31 dibawah ke hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun mengaku telah memiliki MyPR palsu di bawah nama tertuduh yang bernombor 850907-65-5233 di Masjid Likas pada jam 9.45 pagi pada 5 Disember, tahun lalu.
Ameh dihukum dibawah Seksyen 25 (1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sehingga tempoh tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya sekali.
Berdasarkan fakta kes, semasa bertugas, polis telah menangkap tertuduh di tempat kejadian, lebih kurang jam 10 pagi. Semasa pemeriksaan, tertuduh menunjukkan kad pengenalan kepada polis yang bertugas. Hasil pemeriksaan di Jabatan Pendaftaran Negara, MyPR tersebut adalah palsu.
Peguam Luke Rossa Balang yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah mengenakan hukuman yang minimum kepada tertuduh kerana ini merupaka kesalahan pertamanya.
Selain itu, mahkamah turut memerintah agar barang kes dilupuskan dan tertuduh dirujukkan ke Jabatan Imigresen setelah selesai menjalani hukuman.
Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. – Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan