Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki warga asing dipenjara 12 bulan guna Mykad palsu

5:52pm 16/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 85 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki warga asing di penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini kerana menggunakan MyKad palsu.

Nads Supian, 25 yang hadir dihadapan Majistret Stephanie Sherron Abie menggunakan kad pengenalan palsu dengan nombor 901109-12-6723 pada 11 November, tahun ini, pada jam 2 petang di kawasan Centre Point, di sini.
Nads didakwa dibawah Seksyen 25 (1)(e) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh samapi tempoh tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 20, 000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor, Lim Swee Beng
Selain itu, kes yang berasingan, seorang lelaki tempatan tidak mengaku salah atas pertuduhan pecah masuk rumah.
Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan tarikh 18 Januari, tahun hadapan untuk pengurusan kes.
Shim Wui Vui, 28 didakwa telah pecah masuk dan mengambil beberapa barang seperti spanar, pemutar skru, dan satu besi pengungkil pada 8 Disember, tahun ini, jam 6.30 pagi di tempat letak kereta, Likas Square.
Tertuduh didakwa dibawah Seksyen 18(e) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan, jika disabitkan kesalahan.
Shim diberi ikat jamin sebanyak RM 5,000 dan dua orang penjamin tempatan.
Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. – Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan