Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki warga asing di penjara atas kesalahan pecah masuk

4:34pm 15/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 18 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki warga asing dihukum 22 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini atas kesalahan pecah masuk ke dalam sebuah premis.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus juga telah mengenakan denda sebanyak RM 2,000 atau penjara dua bulan kepadanya dan arahkan tertuduh untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen setelah hukuman selesai dijalankan.

Sabri Abtani, 25, mengaku memasuki kedalam sebuah premis di Towering, Penampang dan telah mencuri 1 unit pemain DVD, 1 set gunting rambut dan wang tunai berjumlah RM 200 pada jam antara 1 hingga 3 pagi, pada 28 Mac 2009.

Mengikut pertuduhan, Sabri dihukum dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara boleh sampai lima tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah masuk kedalam premis tersebut setelah mencungkil kunci pintu ‘roller shutter’ dan pecahkan cermin pintu jenis sliding door hadapan premis itu. Siasatan lanjut di tempat kejadian, pihak polis telah memperolehi beberapa kesan cap jari tertuduh di cermin pintu tersebut dan dipercayai milik suspek.

Dalam mitigasi, Sabri meminta agar hukuman minima dikenakan keatasnya.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan