Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki warga asing bunuh anak, tikam isteri

7:49pm 20/02/2016 Pak Roshan 3517 views Jenayah,Mutakhir
bunuh

SUSPEK diberkas polis di rumahnya ketika cuba melarikan diri.

KENINGAU: Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas membunuh anaknya berusia lapan tahun selain mencederakan isterinya, di sebuah rumah tidak bernombor di Kilometer 75 di Jalan Nabawan, di sini, pada pagi Rabu lalu.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 2 pagi, Rojas Jonvin, ditemui mati dalam keadaan tertiarap dengan kesan luka di bahagian badannya manakala isteri suspek Edwena Doca, 49, kini dirawat di Hospital Keningau akibat luka di perut dipercayai ditikam.

Difahamkan, sebelum kejadian suspek berasa berang sehingga berlaku pertengkaran selepas isterinya meminta duit untuk belanja dapur.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Taong, berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya memberkas suspek yang cuba melarikan diri.

“Pemeriksaan lanjut di rumah menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak kepada suspek manakala isteri suspek dirawat di Hospital Keningau selepas berjaya menyelamatkan diri dan meminta pertolongan orang ramai.

DOUGLAS (tengah) menunjukkan senjata yang dirampas daripada suspek.

DOUGLAS (tengah) menunjukkan senjata yang dirampas daripada suspek.

“Siasatan awal mendapati, suspek dikatakan berasa marah selepas isterinya meminta duit gaji untuk belanja dapur,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, di sini, sebentar tadi.

Katanya, suspek turut didapati positif dadah jenis syabu selepas ujian air kencing. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
KEADAAN mayat kanak-kanak yang tertiarap selepas dibunuh oleh bapanya.

KEADAAN mayat kanak-kanak yang tertiarap selepas dibunuh oleh bapanya.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan