Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki, wanita disyaki terlibat judi online, ditahan

Peralatan yang dirampas oleh pihak polis. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Peralatan yang dirampas oleh pihak polis. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

KENINGAU – Polis menahan seorang lelaki dan wanita kerana disyaki terlibat dalam kegiatan judi menggunakan mesin perjudian `tablet online’ di sebuah premis perniagaan di Kampung Senagang, dekat sini kira-kira pukul 2.15 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Douglas Nyeging Taong berkata, hasil maklumat awam, sepasukan polis melakukan serbuan dan kedua mereka ditahan semasa berada di premis perniagaan berkenaan.

“Dalam sebuan itu pihak polis juga telah merampas beberapa peralatan dan wang tunai yang disyaki digunakan untuk kegiatan tersebut iaitu tiga buah tablet, sebuah telefon bimbit, pengecas telefon, dua buah buku latihan, satu kalkulator, dua batang pen dan dompet yang mengandungi wang tunai RM150.

“Siasatan lanjut akan dijalankan ke atas suspek bagi mengenalpasti dalang yang terlibat mewujudkan kegiatan ini,” jelasnya sambil menambah pihaknya menggesa kerjasama berterusan daripada masyarakat untuk menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan tersebut.

Katanya, kedua-dua saspek disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953. Jika sabit kesalahan mereka boleh kenakan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 bagi setiap mesin judi yang di rampas dan penjara tidak lebih lima tahun. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan