Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,693

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki Usung Mayat Isteri Sejauh 10km

9:45am 27/08/2016 Pak Roshan 2559 views Global
MAJHI memikul mayat isterinya dan ditemani anak perempuannya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. - Agensi

MAJHI memikul mayat isterinya dan ditemani anak perempuannya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. – Agensi

Kesian…akibat kemiskinan hidup, seorang suami, Dana Majhi terpaksa mengusung mayat isterinya di atas bahunya dan berjalan sejauh 10 kilometer untuk balik ke rumah disebabkan dia tidak mampu menyewa kenderaan.

Isterinya meninggal dunia di hospital Kalahandi, India, akibat penyakit batuk kering.

Sepanjang perjalanan itu, Dana ditemani oleh anak perempuannya yang berusia 12 tahun, yang menangis teresak-esak mengenangkan ibunya yang telah meninggal dunia.

Dana terpaksa berjalan kaki selepas ambulans enggan menghantar mayat isterinya ke rumah mereka.

Tanpa wang untuk menyewa kenderaan, dia tiada pilihan lalu Dana membalut mayat isterinya dengan beberapa helai kain dan berjalan balik ke rumah mereka di Bhubaneswar.

“Saya memberitahu pihak hospital bahawa saya miskin dan tidak mampu menyewa kenderaan . Saya berulang kali meminta (ambulans) namun mereka memaklumkan tidak dapat membantu,’’ kata Dana.

Selepas 10km perjalanan itu, barulah sebuah ambulans diatur bagi menghantar mayat isterinya ke rumah mereka, yang terletak kira-kira 60km dari hospital.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Biju Janata Dal, Kalikesh Singh Deo, dalam tweetnya berkata beliau telah meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya,’’.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan