Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki tua maut selepas jatuh basikal

mayat

TAWAU: Seorang lelaki tua dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh daripada basikal yang sedang ditunggangnya dalam kejadian di antara jam 6.10 dan 6.30 pagi tadi di Jalan Sungai Tanjung.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, mangsa yang dikenali sebagai Sinrang Toning, 70, dikatakan sedang dalam perjalanan ke Sin Onn sebelum dipercayai terjatuh dari basikalnya.

Menurutnya, mangsa ditemui terbaring di atas jalanraya dalam keadaan terlentang oleh seorang pekerja kilang berhampiran iaitu Yeo Yok Khuat yang keluar selepas mendengar bunyi seperti orang jatuh.

Katanya, saksi tersebut menghubungi bilik gerakan polis selepas melihat mangsa tidak sedarkan diri dalam keadaan kepala berdarah.

Fadil berkata, siasatan di lokasi mendapati tiada kesan kemalangan di kawasan terbabit, manakala ahli keluarganya mengakui mangsa sering ke ICU untuk rawatan penyakit darah tinggi, asma dan masalah buah pinggangnya. Kes diklasifikasikan laporan kematian mengejut (SDR).- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan