Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki tua maut dilanggar jip

POLIS-600x324

TAWAU: Seorang warga tua, 69, maut selepas dilanggar sebuah jip ketika berjalan kaki dalam nahas jalan raya di Jalan Merotai, berhampiran masjid Kampung Merotai Besar kira-kira jam 5.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, mangsa dikenalpasti sebagai Beddu Lenre yang dilaporkan meninggal dunia semasa dirawat di wad kecemasan Hospital Tawau.

Menurutnya, kemalangan berlaku semasa seorang pemandu jip, 42, sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Ladang Dumpas dari Kampung Pasir Putih apabila dia berasa terlanggar sesuatu di tempat kejadian.

Pemandu tersebut yang pada mulanya meneruskan perjalanan sebelum ditahan seorang lelaki, kemudiannya mendapati seorang lelaki tua (mangsa) sedang terbaring di bahu jalan selepas turun dari kenderaannya.

Pemandu itu bertindak menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Merotai sebelum mangsa dirujuk oleh pihak klinik ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan