Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki tertua dunia mati

10:04am 20/01/2016 Pak Roshan 9 views Global
tua

KOIDE

Tokyo: Lelaki tertua di dunia, Yasutaro Koide meninggal dunia semalam pada usia 112 tahun di tengah Jepun, kata pegawai tempatan.

Koide yang dilahirkan beberapa bulan sebelum adik-beradik Wright berjaya membuat penerbangan pertama mereka, meninggal dunia di Nagoya yang menjadi tempat tinggalnya sejak bertahun lalu.

Lelaki yang diiktiraf lelaki tertua dunia itu meninggal dunia akibat kegagalan jantung dan radang paru-paru, kata pegawai berkenaan.

Koide, bekas tukang jahit yang dilahirkan di Fukui pada 13 Mac 1903 menerima sijil daripada Rekod Dunia Guinness mengesahkan pengiktirafan hayatnya yang panjang selepas seorang lagi lelaki Jepun yang hanya sebulan lebih tua daripadanya meninggal dunia Julai tahun lalu.

Ditanya mengenai rahsia umurnya yang panjang,
Koide berkata: “Apa yang terbaik adalah elak bekerja berlebihan dan hidup bergembira.”

Jepun terkenal dengan jangka hayat penduduknya yang panjang, dengan suku daripada 127 juta penduduknya kini berusia lebih 65 tahun.

Masih belum jelas siapa yang akan menggantikannya sebagai lelaki tertua dunia.

Menurut laman web Rekod Dunia Guinness, manusia paling tua di dunia ketika ini ialah wanita Amerika Syarikat Susannah Mushatt Jones yang berusia 116 tahun dan dilahirkan pada 6 Julai 1899. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan