Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki tersangkut dalam tiang lampu

LELAKI itu kelihatan lemah selepas diselamatkan kerana terlalu lama terperangkap. FOTO Agensi

Qingyang (China): Seorang lelaki di bandar ini hampir maut akibat kelemasan selepas dia masuk dan terperangkap di dalam tiang lampu.

Lelaki itu yang dipercayai mabuk dilaporkan merangkak masuk ke dalam sebatang tiang lampu sepanjang 20 meter yang diletakkan di tepi jalan pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, dia terperangkap selepas masuk hingga ke hujung tiang lampu itu yang semakin sempit.

Seorang pengguna jalan raya menghubungi bomba selepas mendengar lelaki itu menjerit meminta tolong dari dalam tiang lampu berkenaan.

Tidak diketahui berapa lama lelaki itu terperangkap di dalam tiang lampu itu tetapi ketika bomba sampai, mangsa sudah menunjukkan tanda dia kelemasan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan