Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,784

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki terlepas hukuman gantung

9:22pm 17/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 87 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan terlepas daripada hukuman gantung apabila dihukum 30 tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini setelah mengaku salah terhadap pertuduhan alternatif.

Hakim Indra Ayub turut mengenakan hukuman tiga kali sebatan kepada Goh Kun Ming atas kesalahan memiliki 189.4 gram dadah jenis Kanabis.

Goh mengaku melakukan kesalahan itu di hadapan Bank CIMB, Inanam, lebih kurang jam 2.30 petang, 27 Januari lalu.

Terdahulu, Goh didakwa dibawah Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Walau bagaimanapun, pertuduhan itu dipinda ke Seksyen 39A (1) Akta yang sama setelah dadah tersebut dihantar ke Jabatan Kimia.

Peguam Dominic Chew telah memfailkan rayuan agar tertuduh ditawarkan pertuduhan alternatif dibawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan rayuan tersebut mendapat persetujuan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Pendakwaan tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan maksimum sembilan sebatan.- Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan