Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LELAKI BARING ATAS JALANRAYA MAUT DILANGGAR

Mangsa yang dilanggar pacuan empat roda di KM enam Jalan Tenom-Sapong. -Gambar SNT/Ehsan Polis

TENOM: Seorang pejalan kaki dipercayai kurang siuman maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda di kilometer enam Jalan Tenom-Sapong di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Firdaus Francis berkata, mangsa Samuel Lituan @ Ahmad Shah, 56, yang juga pesakit mental dilanggar sebuah kereta jenis Navara dalam perjalanan ke Kg. Masanol lebih kurang jam 9 malam.

“Difahamkan pemandu berkenaan dalam perjalanan dari Pekan Tenom menuju ke rumahnya di Kg. Masanoi Kemabong.

“Setibanya di tempat kejadian pemandu tersebut telah terlanggar sesuatu objek yang di percayai sedang baring di atas jalan di laluan menuju ke arah Kemabong,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pejalan kaki itu sendiri.

“Siasatan lanjut, pemandu tidak disyaki mabuk, walaubagaimanapun sample darah diambil untuk ujian Toksikologi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan