Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki terbunuh dalam kemalangan

1:25pm 25/08/2016 Pak Roshan 943 views Lahad Datu,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

LAHAD DATU: Seorang lelaki terbunuh selepas motosikal jenis SYMyang ditunggangnya terlanggar bahagian belakang sebuah pacuan 4WD, dalam nahas jalan raya yang berlaku kira-kira pukul 1 petang, di kilometer 8, Jalan Lahad Datu-Tungku, dekat sini, petang Isnin.

Mangsa yang dikenali sebagai Jaiman @ Jasman Jafar, 47, meninggal dunia di Hospital Lahad Datu akibat mengalami cedera parah di bahagian perut.

Ketua Polis Daerah ini, ACP Hamzah Ahmad berkata, ketika kejadian kenderaan 4WD dan mangsa yang menunggang motosikal dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah yang sama iaitu dari arah Tungku menuju ke Lahad Datu.

“Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terlanggar bahagian belakang pacuan 4WD berkenaan.

“Impak daripada nahas itu, mangsa telah tercampak ke atas jalan dan mengalami cedera parah di bahagian perut. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Lahad Datu oleh pihak ambulan namun disahkan meninggal dunia,” katanya.

Jelasnya lagi, pemandu 4WD bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes itu kini disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan oleh pegawai penyiasat trafik Insp. Jeffry Ujuh.

Sumber : NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan