Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki terakhir jejak bulan meninggal

GAMBAR dirakam pada 13 Disember 1972 menunjukkan Cernan (gambar kecil) ketika misi terakhir Apollo ke bulan. FOTO AFP/NASA

Amerika Syarikat: Angkasawan terakhir berjalan di atas bulan, Eugene Cernan, 82, meninggal dunia pada Isnin, menurut agensi angkasa negara itu.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dalam satu kenyataan berkata, Cernan yang juga antara orang pertama berada di angkasa lepas meninggal dunia dikelilingi ahli keluarganya.

Pada 11 Disember 1972, Cernan dan rakan setugas, angkasawan Apollo 17 Harrison Schmitt melangkah dari modul pendaratan ke permukaan bulan.

Sepanjang tiga hari, mereka jelajah lebih dari 30 kilometer di dalam kenderaan khas dan mengumpulkan lebih daripada 100 kilogram batu selama 22 jam penerokaan kawah dan bukit.

Hanya 10 orang lain yang kesemuanya angkasawan Amerika Syarikat (AS) mempunyai pengalaman pergi ke bulan.

“Saya tahu bahawa saya berubah sejak tiga hari itu dan saya bukan lagi milik semata-mata Bumi,” tulis bekas juruterbang ujian Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) itu di dalam biografi bertajuk ‘The Last Man on the Moon.’

Cernan yang berasal berhampiran Chicago bersara daripada NASA dan USN pada 1976.

Sebagai orang awam beliau membantu mengasaskan syarikat penerbangan Air One, bekerja sebagai perunding tenaga dan aeroangkasa, berkhidmat sebagai pengerusi syarikat kejuruteraan dan bertugas sebagai pengulas isu angkasa bagi ABC News. – Reuters/HMetro

Komen


Berita Berkaitan