Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki temui ‘mumia’ atas pokok

9:15am 10/07/2016 Pak Roshan 2918 views Global
KEADAAN mayat yang ditemuidi atas pokok pain.

KEADAAN mayat yang ditemuidi atas pokok pain.

Tomsk (Russia): Mayat seorang lelaki dipercayaimeninggal dunia lapan bulan lalu ditemui dalam keadaan beku di atas sebatang pokok pain di sini baru-baru ini.

Polis berkata, mayat lelaki itu ditemui duduk di atas dahan dan masih memeluk pokok berkenaan pada ketinggian lebih 15 meter.

Lelaki itu yang masih belum dikenal pasti identitinya ditemui dua penduduk pada 1 Julai lalu.

“Lelaki ini dipercayai meninggal dunia kira-kira lapan bulan lalu dan cuaca sejuk menyebabkan mayatnya bertukar menjadi mumia,” kata polis.

Ujarnya, lelaki itu dipercayai memanjat pokok berkenaan ketika musim sejuk dan meninggal dunia akibat hipotermia.

Pavel Petrov yang menemui mayat itu berkata, dia dan bapanya terlihat satu objek besar di atas pokok yang terletak kira-kira 50 meter dari jalan raya.

“Apabila saya dan bapa mendekati pokok itu, kami terkejut mendapati objek di atas dahan itu adalah mayat manusia.

“Saya juga terkejut apabila polis memberitahu mayat itu sudah lama berada di atas pokok, iaitu lapan bulan,” katanya.

Menurutnya, ketika ditemui mangsa masih memakai baju sejuk, seluar dan kasut but tradisional penduduk Russia yang dikenali sebagai valenki.

“Kemungkinan lelaki ini memanjat pokok kerana terlalu sejuk dan mati akibat hipotermia,” jelasnya.
– Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan