Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki tempatan tidak mengaku salah miliki kereta curi

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di hadapan mahkamah Majistret di sini hari ini dan meminta dibicarakan atas tuduhan memiliki kereta curi.

Loi Kwong Yew, 27, didakwa memiliki sebuah kenderaan curi, kereta Toyota Hilux Merah kepunyaan Christopher Lousi.

Mengikut fakta kes, tertuduh didapati melakukan kesalahan kira-kira jam 6 pagi, 17 Jun lepas di jalan Punang Kelalan Lawas.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Stephanie Sharon Abbie kemudian menetapkan 6 Ogos depan sebagai tarikh sebutan dan turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 oleh dua orang penjamin tempatan.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan