Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki tempatan nafi rogol remaja perempuan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki warga tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, disini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan.
Tertuduh, Mohd Afiz Zulhazrie, 19 didakwa telah melakukan kesalahan tersebut pada 10 Disember, tahun lalu di atas bukit tepi jalan Kg. Pandasan, Kota Belud, pada jam 12.30 pagi.
Bagi pertuduhan itu, Afiz didakwa dibawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Hakim Azreena Aziz telah menetapkan tarikh 15 Febuari depan untuk pengurusan kes dan tertuduh dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM 10,000 (deposit sebanyak RM5,000) beserta dua orang penjamin tempatan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hafiza Zahidah. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan