Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki tempatan nafi benarkan warga asing tinggal dalam premisnya

3:51pm 08/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 80 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan menafikan pertuduhan membenarkan warga asing tinggal dalam premisnya di Mahkamah Sesyen, disini, hari ini.
Koay Wooi Chew, 58 mengaku tidak bersalah membenarkan tiga orang wanita warga Filipina dimana mereka tidak mempunyai dokumen yang sah tinggal dalam premisnya di Beverly Hills, pada jam 7.15 pm, pada 22 Julai, yang lalu.
Tertuduh boleh dihukum dibawah Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/1963 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 55E (2) Akta yang sama, jika disabitkan kesalahan.
Hakim Azreena Aziz menetapkan 10 Disember, tahun ini untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, Koay diikat jamin sebanyak RM 5,000 berserta dua orang penjamin tempatan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Husna Abdul Halim. Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan